Saturday 30 August 2014

LOG GEMBALA 5 - PLAN TO FAIL



You plan to fail if  you don't plan.
 It is a grave mistake not to plan.

Isu yang paling hangat ialah 'PLANNING' . 'You must  plan before embarking onto any endevour. It is a grave mistake not to plan because planning is a roadmap that leads you to where you are heading. Without a map you can get lost  because you have no focus.

Kadang kala dengan perancangan yang rapi dan dibantu  oleh tecnology canggih seperti GPS, kita boleh sesat. Terpaksa kita panggil member mengambil kita kerana dah tak boleh pi.  Apabila member sampai, aku memberitahu beliau bahawa dekat ' Cosmopolitan Kuala Nerang', aku tak sesatpun. Mengapa pula kat Kuala Lumpur boleh sesat. Eeeee.....hh, hairan.  Dia tersenyum kambing.

Kesemua orang mempunyai perancangan mengenai sesuatu yang hendak dibuat. Persoalannya,  planning yang dibuat merupakan planning bertulis ( 'blue print' ) atau pun hanya di kepala. Walaupun kita mempunyai planning yang bertulis, kadangkala kita tak mengikutinya satu per satu kerana terlupa atau tidak ada  orang untuk memperingati kita sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak.

Bagi syarikat besar mereka sentiasa bermesyuarat untuk mengetahui sejauh mana mereka tersasar atau berada  di landasan yang betul.

Senario ini tak sepatutnya terjadi kepada aku kerana aku mempunyai planning yang bertulis. Yang membuat aku terlupa mengenai planning yang aku buat ialah kerana peluang demi peluang yang datang sehingga terlupa tentang planning yang ada.

Kalau terlupa mengenai perancangan asal, jawabnya kita  mengundang berbagai2 isu dan masalah. Kesemua isu dan masalah  mesti  diselesaikan dan diatasi dengan kadar segera. Kalau tidak...... jawapannya hancur.

Ceritanya ......

Pada 1.11.2013 aku mula membangun satu lagi bangsal berukuran 10' X 10'  untuk persediaan kambing yang akan dibeli. Kos keseluruhan ialah rm 1500.00 bertukang sendiri dengan anak buah. Nampak senang, tapi kalau nak buat sendiri baru tahu langait tinggi rendah. Pada hari pembelian bahan binaan, kebetulan  tiang kehabisan tapi aku malas nak order tempat lain. aku menggantikanyan dengan batu bata. Selepas siap tiang didirikan aku dapati kayu raruk tak sampai. Mulalah kita menyalah antara satu sama lain mengenai pengukuran. Dia kata aku dan aku kata dia yang mengukurnya. Jangan bekelahi, kita perbersar sahaja tiang sebelah kanan. Ok sekarang,  masalah selesai. Beginilah rupanya kandang baru kami.




                                                   Beginilah rupanya kandang baru kami.


Comments: Kalau tak mempunyai pengalaman tak usahlah nak belajar2 buat sesuatu yang tak pernah dibuat. Pada 28.11.2013 bangsal ini tak siap2. Ini bererti sudah 1 bulan telah berlalu tapi bangsal belum lagi  siap.
Yang menjadi masalah besar ialah kambing yang diorder sebanyak 50 ekor akan tiba pada  29.11.2013.
Masalah dan isu kenalah diselesaiakan segera.
Aku anggap bangsal ini dah siap,  cuma tidak ada tangga dan tak berpagar. Kedua2 nya mustahak, kambing tak boleh naik dan mereka akan berkeliaran dan terus hilang. Kena ada securiti.
Aku panggil Rani tukang kayu dan meyuruh beliau buat pagar dan tangga. Beliau menyiapakan dalam 1 hari sahaja. Ok, sekarang, hotel dah dikurniakan  CF dah disahkan selamat untuk digunakan  dan  50 ekor kambing dari Changlun akan di tempatkan di hotel ini.

An example of planning without monitoring


Masalah selesai buat seketika dan sekiranya ada masalah aku  akan selesai along the way. Memang terdapat beribu masalah yang akan dikongsikan selepasa aku  balik dari menunaikan fardu haji pada 6.11.2014 sekiranya umur panjang. Aku  akan berdoa di hadapan kabah untuk kejayaan penternak sekelian. Semoga ALLAH  SWT MEMBERKATI USAHA KITA SEMUA.



hotel yang telah mendapat  CF sementara.


                               It is a grave mistake not to plan.   You plan to fail if  you don't plan.
               
                                                                          THE END


                                                       


























2 comments:

  1. Assalamualaikum pak lah.

    Selamat berangkat dan selamat pulang.

    Saya doakan agar pak lah diberikan kesihatan yang berpanjangan semasa berada di tanah suci supaya dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.

    Semoga mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete
  2. Heheheheheeee!,baru jumpo blog PokLoh.Selamat menunaikan ibadat haji,semuga Allah memudah urusan dan mendapat haji mabrur

    ReplyDelete