Tuesday 3 June 2014

LOG GEMBALA 1 (TAPAK PEMELIHARAAN)

Kontrak aku dengan UITM berakhir pada 27 JULAI 2012.  Apa aku nak buat untuk mengisi masa lapang? Kawan2 ajak aku buat part time mengajar, tapi aku dah bosan dengan BUKU dan  CERAMAH.

Aku nak buat sesuatu yang aku suka dan minat. Aku nak bela kambing. Tapi kaedah pembelaan belum lagi aku pasti yang mana satu akan aku pilih. Aku merupakan peminat blog kambing Prof Alwi dan rakan2nya. Aku terbaca blog Pembiak Biri2 Tempatan sejak 2009 yang bertajuk Kepentingan Merancang Penternakan Dari Mula,  yang bertarikh 10hb. March 2013.

Mengikut Penulis, Ahmad Zaki Shaari, ada 3 perkara penting yang mesti diambil kira untuk memulakan penternakan.  Tiga perkara tersebut ialah:
1.Bersedia untuk menyuntik modal permulaan sekitar RM100 ribu. Nota: jumlah ni sebenarnya subjektif.
2.Menyediakan SATU stok bebiri induk/pejantan (minima 75 ekor) yang bersesuaian dengan cuaca tropik/panas.
3.Menyediakan keluasan tanah 2.5~3 hektar (satu hektar untuk sawit, 0.75~1 hektar untuk Napier, 0.75~1 hektar untuk ubikayu + kandang)

Untuk sesiapa yang nak pencen, memang sesuailah kerana mereka  ada simpanan KWSP sebanyak RM500K.  Mereka boleh keluarkan sebanyak 50% iaitu lebih kurang RM250K untuk modal dan pembelian tanah seluas 3 hektar. Yang baki sebanyak 50% lagi ialah untuk simpanan hari tua. Selain dari itu, saya tak galakkan sebab risiko nya 70:30 (i.e, kalau ambil periksa, kena score A lah. Kalau A+ atau A++ baguslah, kalau C atau lebih teruk lagi D, sayonara lah hehe).
http://nurternak.blogspot.com/

Saranan ini  amat sesuai bagi orang yang dah berpencen seperti aku. Tapi apabila dihalusi, penulis sendiri tak galakkan sebab risikonya terlalu tinggi..... 70:30. Oleh yang demikian aku hanya guna pakai perkara 3, ia itu mengenai  persediaan tapak pemeliharaan.

Aku akan manfaatkan tanah aku seluas 15 ekar di  Kuala Tualak, Kuala Nerang, Kedah. Lagi pun aku telah membuat sebuah rumah kampung di atas bukit yang dikelilingi oleh getah dan hutan.



                                                       Rumah yang dihuni oleh pekerja aku

Berikut merupakan tanah aku yang aku akan manfaatkan.
1. PT 1087  0.3541  HEKTAR
2  PT 1079  0.3541  HEKTAR
3. PT 1081  2.0133  HEKTAR
4. PT 1082  1.1989  HEKTAR
5  PT 1.2055 080  2 HEKTAR

Lokasi tanah ini ialah 6 km dari Puncak Janing, Kuala Nerang, tempat rekriasi dan perkelahan dan bersebelahan dengan Felcra Kuala  Tualak.  Jalan masuk ialah di hadapan SK Kuala Tualak dan jaraknya ialah 4 km dari sekolah tersebut. Kalau musim kemarau anda boleh masuk dengan kereta biasa, tapi kalau hujan anda hanya boleh masuk sejauh 2 km sahaja. Ini adalah kerana jalan yang ditar  atau diturap ialah sejauh 2km sahaja dan selebihnya ialah jalan tanah.

Anda kena parking di rumah Mohd Zain iaitu rumah terakhir di jalan itu dan menaiki motosikal yang bertayar off road . Sebelum ini aku guna kereta Perdana dan menghadapi banyak masalah untuk sampai ke destinasi walaupun hanya 2km lagi. Melalui duit pencen aku  beli sebuah Frontier 4wd bagi mengatsi masalah ini.



                                           Dua share partner sedang berposing depan frontier .

Yang uniknya, persekitaran  perkampungan hanya di sekitar 2km pertama, tapi selepas itu kawasan ini merupakan persekitaran hutan dan kebun getah. Aku ni berani orangnya..........   , hanya keluar di waktu iang sahaja. Kalau diupah pun aku tak akan keluar di malam hari ........... maklum lah nak melintasi 2km hutan. Orang yang betul2 cekal sahaja yang berani keluar malam.





                                     Jalan masuk, kiri kanan merupakan hutan........... hanya 2km.


Sejajar dengan persekitaran, infra struktur seperti air dan api,  hanya terdapat di kawasan 2km pertama. Selepas itu tidak ada lagi jalan tar, api dan air. Hanya hutan dan kebun getah.

Aku mengatasi masalah infrastruktur  dengan mengguna  generator untuk api dan guna  air sungai yang dipam ke tangki rumah.

Selepas membuat pertimbangan yang mendalam, aku membuat keputusan untuk jadikan tapak ini sebagai tapak pemeliharaan kambing kerana kebaikan mengatasi kepayahan.

Pada pandangan aku, ini lah tapak pemeliharaan yang paling sesuai kerana:
1.Tanah sendiri yang tak perlu disewa
2. Pesrsekitaran  kawasan  yang luas.
3. Terdapat banyak makanan di persekitaran tapak.
4  Pokok getah yang  sudah pun besar
5. Berjauhan dengan orang  kampung dan tidak akan mencerobohi  ketenteraman mereka.

Disebalik kebaikan terdapat juga keburukan:
1. binatang buas,( harimau bintang), lembu yang dipelihara oleh orang kampung pernah diserang.
2. ular sawa suka ternakan seperti ayam dan kambing.
3. anjing liar berkeliaran.
4. terlalu luas sehingga susah untuk mengawal & masaalah hilang.
5. masalah infra asas.




                                                             Anak buah aku berani orangnya
                                                           


                                                              SELAMAT MENCUBA






                                                                         

5 comments:

  1. Selamat datang buat Pak Lah! Terima kasih kerana membaca blog saya dan rakan rakan pembiak.

    Pak Lah memiliki superior advantage dari segi kawasan. Absolutely superior. Jauh melebihi keburukan. Potensi tinggi.

    Syabas kerana bersedia mengamalkan sistem penternakan low input!

    Keep writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'keep writing!' these are magic words and booster for the first timer.
      Thank you very much.

      Delete
  2. Hello Pak Lah...please do more update on your activities.

    Tempat Pak Lah tu adalah idaman saya...jauh dari orang..jauh dari bising kereta motor..jauh dari segala keserabutan.

    Usah khuatir dengan harimau..kalau memang dah tertulis itu rezeki dia..tapi saya pantang dengan ular sawa...sebab dia suka membazir..belit aje..telan tak lepas pun..hahahaha..

    Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar..pinjam kata2 Tok Ba..semoga kita semua mendapat Barokah.

    ReplyDelete
  3. Tq. for the support. Dengan motivasi yg you beri, Insyaallah semangat saya bertambah.
    Apabila membaca posting you bertarikh 28 Jan 2014, saya teringat sangat fasal kedai wakaf che yeh tu. Saya suka lepak di kedai jahit baju Husin dipenjuru kanan kedai wakaf che yeh. Saya sebenarnya orang Bunut payong belajar di sek kota. Rupanya dunia ni kecik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah brtambah lg seorg rakan pembiak.Would like to welcome Pak Lah to our small group of breeders.Smoga trcpai apa yg di cari dlm dunia pntrnakan kmbing ni..:-)

    ReplyDelete