Assalamualaikum, sahabat2 pengembala. Saya menyepi lebih kurang 2 bulan kerana dijemput menjadi tetamu Allah swt. Saya berangkat ke Mekah dengan KT 62 (Penerbnagan terakhir) pada 26hb. Sept. 2014 dan pulang pada 6hb. Nov 2014. Besyukur kerana dapat melaksanakan haji dengan sempurna. Kami berharap agar Allah swt mengekalkan iman yang Dia beri dan jangan sekali2 menarik balik apa yang telah diberi. Marilah kita tingkatkan iman , ketakakwaan dan kemakburan haji kita supaya menjadi seorang islam yg mukmin dan mu'takim.
Sebagai seorang pengembala, saya tidak melepas peluang untuk melawat pasar borong Jaffila, di Kota Mekah. Di sini kita boleh beli buah2an, sayuran dan tak kurang juga ternakan hidup untuk makanan harian, akikah dan korban.
PASAR BORONG BUAH-BUAHAN
PASAR BORONG KAMBING
KAMBING2 YG DITEMPATKAN KAWASAN LAPANG
KAMBING2 YG DITEMPATKAN DALAM KURUNGAN.
KAMBING2 INI MEMPUNYAI PUNGGUNG YANG PENUH DENGAN LEMAK,
INILAH KAMBING YANG DISYORKAN UNTUK BUAT NASI ARAB.
HARGANYA MAHAL SEDIKIT DARI KAMBING BIASA.
DEPA KATA, KAMBING INI DARI YEMAN.
![]() |
INI PULA BUAH TEMBIKAI YANG DIJUAL SECARA LONGGOK. SATU LONGGOK HANYA 5 RIAL BESAMAAN DENGAN RM 5.00 |
YANG INI TOK ARAB DAH BELI DAN BESEDIA UNTUK DIBAWA PULANG.
KASIHAN TANDUK PUN DAH PATAH.
![]() |
Add caption |
WASSALAM, SEHINGGA BERJUMPA LAGI DENGAN EPISOD PENYEMBELIHAN 4 EKOR KAMBING UNTUK AKIKAH DI MEKAH.
Tahniah Tn Hj....patutlah tak dengar cerita dari Pak Lah!!! (Es Emdi)
ReplyDeletealhamdulilah tahniah dapat peluang jadi tetamu. dari segi harga kambing, jauh berbeza tak dengan sini?
ReplyDelete