Friday 6 June 2014

LOG GEMBALA 2 (QUEST FOR GOAT INFOMATION.)



LOG GEMBALA  merupakan perjalanan dan pesepsi  bakal  penternak terhadap pengembalaan kambing yang penuh dengan tanda tanya dan delima. Kepada anak2 muda yang contemplating untuk menceburi dunia pengembalaan, disini merupakan pesepsi dan delima daripada salah seorang bakal penternak.

Untuk memasuki dunia mengembala kambing bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Aku mula membaca blog kambing di dalam negara serta luar negara. Kebiasaannya, blog yang aktif merupakan pengembala yang telah berjaya bagi aku. Mereka ini telah mengharungi berbagai2 dugaan dan ranjau sehingga mereka berada di tahap sekarang. Aku cuba menimba ilmu daripada pengalaman mereka.

Mari kita lihat kegigihan dan kejayaan blogers yang aktif.

1.alwigoatfarm adalah 100% pembiak yang bermula pada 2005 dengan 13 induk kambing kampung yang sakit sakit!
Beliau sudah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia pengembalaan. Sudah pasti berbagai kengkangan, ranjau dan rintangan yang beliau harungi. Kalau kita dapat melepasi tahun 1,2 & 3, besar kemungkinan kita boleh berjaya. Pada bulan Mei 2014 sahaja beliau telah terjah teranjang tak kurang dari 8 kandang untuk " quest for  goat infomation." This is how to motivate and maintain our interest.


                                           KAMBING BETINA DALAM KANDANG BREEDER
                                                 TENGOK JARAK LANTAI.........  13CM

2.House of goat bermula dengan seekor kambing boer bernama Tobi  pada tahun 2008. Sehingga kini beliau mempunyai 180 ekor kambing (kalau tak silap). Beliau sudah berada dalam dunia ini selama 6 tahun dan tak henti2 mencari kaedah terbaik untuk cut cost.  Beliau sebelum ini sudah berada dalam dunia lembu yang sedikit sebanyak membantu pegembalaan kambing. Apa yang hendak diperkatakan ialah minat yang mendalam terhadap ternakan dan semangat juang yang tinggi mesti ada untuk berjaya. 



                     selain dari mengembala kambing , aku juga suka mengembala lembu



3.Pembiak  bebiri tempatan  sejak 2009 (nurtenak.blogspot.com) En. Ahmad Zaki sebenar bermula menternak kambing sejak 2006. Beliau juga telah berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang 10 tahun. Blog ini mesti dibaca kerana beliau menitik beratkan mengenai perancangan, pengurusan, SOP dan bagaimana nak berjaya. Beliau juga membandingkan usahawan rumah, ayam dan kambing. Kesimpulanya, kalau nak kaya cepat jangan pelihara kambing. Beliau juga menekankan betapa mustahaknya planning dari awal.  
Kalau kita buat rancangan (planning) dari awal, maka kita tak terasa sangat kalau kita 'tutup kedai' dalam masa dua atau tiga tahun akan datang..
itu kan business, kadang untung..kadang rugi..cuma, do not give-up easily.

Hakikatnya kita kena apply the basic management process of planning, organsing, directing and controlling untuk berjaya.


SLT/Malin Cross berbadan besar dan berkaki panjang dan berbintik belum tentu induk yang baik (kecuali jantan berkepala hitam adalah JTT)


4.Lalah river goat farm. Gandingan bapa dan anak. Ayahanda mula mengembala secara hobi pada 2008. dan anaknya mula melibatkan diri selepas hari raya 2012  Walaupun dilanda berbagai musibah seperti kecurian tapi tetap utuh dan berkembang maju. Mereka sentiasa mencari kaedah terbaru dan mengikuti langkah2 Alaminos goatfarm (Filipina) dengan mewujudkan salad garden sendiri untuk mengurangkan feed cost.






                                       INDIGOFERA DI SALAD GARDEN LALAH GOAT FARM

Sekiranya kita ada kawasan, saya berpendapat kita tanamlah sebayak mungkin tanaman ternakan kerana pada suatu hari kita boleh develop them into pellet for sale. Creativity inilah yang ada pada pengembala moden yang membezakan dengan pegembala traditional. Sudah sampai masanya kita mengurangakan kebergantungan kita kepada orang tengah. Jangan biarkan mereka yang menentukan masa depan kita sepenuhnya seperti mereka buat kat penternak ayam.

Kepada anak2 muda yang meminati bidang ini, disyor banyak membaca blog2 kambing dalaman dan luaran untuk mencari  ilmu. Kesemua blog2 ini memaparkan pengetahuan  berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

Kalau di universiti penunutut dihantar buat praktikal sebelum mendapat ijazah. Suadara juga boleh buat praktikal melalui  menternak secara kecil-kecilan dahulu untuk  megetahui samada persepsi yang selama ini di kepala menjadi realiti atau tetap masih dalam delima.

Segala ilmu yang dioperolehi adalah untuk memantapkan planning yang akan dibuat. Dengan pegetahuan yang kita ada, kita boleh menjawab soalan2 berikut untuk buat  planning yang bersesuaian dengan kemampuan  kita .

1.Kambing daging atau kambing tenusu?
2.Berapa banyak kambing yang mesti dibela?
3.Di mana hendak dibela?
4.Jenis sistem perternakan mana nak dipakai?
5.Berapa lama sanggup menanti tibanya kejayaan?
6.Yang paling penting sekali ialah berapa banyak modal yang sanggup dilaburkan?
7.Soalan2 sebegini boleh menjangkau berbatu2 untuk dijawab bagi  menjadi usahawan yang berjaya?


 Untuk memantapkan planning, anak2  muda bolehlah baca buku "The essential beginners guide to raising meat goat." oleh Peter Hansen. Beliau mencadangkan supaya kita membuat perancangan yang rapi sekiranya kita nak berjaya. 
The palan must include the following phaseses.
1. vison
2. Expcted money to invest
3. Objectives
4. Issues
5. Critical success factors
6. Required actions and tasks
7. Measure results and refine plan.



                                          ILMU MANTAP PENGEMBALAAN TEGAP .

























·












 

2 comments:

  1. Ada jugak orang yang memerhatikan rupanya?? Pak Lah juga...teladan mantap bagi penternak muda supaya memulakan usaha dengan ilmu!! (Es Emdi).

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas acknowledgment Pak Lah. Saya pun masih dalam learning curve..harap boleh berkongsi pengalaman Pak Lah juga.

    ReplyDelete