Sunday 6 July 2014

LOG GEMBALA 3 - NO VENTURE NO GAIN

Selama ini aku memberi teori kapada anak murid aku untuk membuat itu dan ini bagi berjaya. Sebagai penceramah aku bolehlah menasihati orang untuk buat itu dan ini. Kalau disuruh buat sendiri, belum tahu aku boleh melakukan. Sebab itu aku  dapati anak murid aku lebih berdaya maju daripada aku. Syabas aku ucapkan kepada mereka yang telah berjaya dan berharap agar kejayaan mereka berterusan.

Sudah sampai masanya untuk aku memperaktikan ilmu yang sebelum ini dicurahkan kepada anak2 murid. Oooi, bolehkah aku berjaya, kalau tak berjaya, bagaimana? Sudah tentu anak2 murid aku ketawakan aku.

Isu ini belegar2 di kepala, aku guna otak kiri dan kanan untuk mencari jawapan. Aaaah, apa  susah sangat , jawab sahaja " teori tak sama dengan practical."  Buat apa yang cikgu suruh dan jangan ikut apa yang cikgu buat.

Sebenarnya, aku sudah dikategorikan sebagai  'warga emas' kerana berusia melebihi 60 tahun. Aku cuba padankan dengan kandang2 yang diterjah terajang oleh Prof Alwi untuk aku jadikan model.  Yang paling hampir yang aku boleh jadikan model ialah Kandang Cikgu Kama. Ini adalah kerana dia baru sahaja memulakan bidang mengembala dan umurnya pun dah nak masuk kategori warga emas...59 tahun. Namun begitu, dia ada pembantu yang yang gagah perkasa....Parin yang berumur 28 tahun.

Aku rasa kandang cikgu Kama ada chemistry dengan aku. Kalau dia ada Parin, aku ada sepasang penoreh getah yang tinggal di rumah dalam kebun getah aku. Yang si laki bernama Keri dan isteri bernama Aishah. Mereka dalam lingkungan 35 tahun. Keri berasal dari Kuala Tualak, Kuala Nerang dan isterinya dari Bangkok. Thailand. Aku lebih hebat daripada Cikgu Kama, kerana aku ada 'import player'.

Mereka ini bela anjing, anjing2 mereka segar bugar dan patuh  kepada..tuannya.   Yang paling menakutkan, anjing mereka garang dan suka menggigit orang. Kalau aku pergi, aku tak turun kereta sehingga mereka menambat anjing2 tersebut. Aku tak salahkan mereka bela anjing, kerana mereka tinggal dalam hutan dan rumah yang terdekat ialah 2km. Tak risau masalah kecurian.

Aku bukan nak cerita fasal anjing garang, tapi aku kagum dengan kesihatan anjing2 mereka. Terlintas di kepala aku, mengapa aku tak cuba beri mereka kambing. Otak aku mula aktif dengan soalan seperti : nanti kambing kena tokak dek anjing, bukan anjing sahaja yang ada disitu. Rimau bintang pun ada. Dua bulan lepas 2 ekor anak lembu dibaham dek rimau.

Eh...... kalau analisa sangat, sudah pasti projek tak jalan.  'BULL  DOOOZE' SAJA.

Pada 14 hb. Okt.2012, aku membeli 2 ekor kambing, satu dara  dan satu teruna untuk suami isteri ini pelihara.  Kami namakan Pak Bing dan Mak bing. Harga untuk sepasang kambing ini ialah RM 1100.00. Bermulalah aku berkecimpung dalam dunia pegembalaan kambing.




                         
                                      PAK BING                                         MAK BING

Pada 20hb. Jan 2013, Mak Bing melahirkan seekor anak betina yang diberi nama Ping.
Pada bulan  Okt. 2013, Ping pula melahirkan anak kembar iaitu Chitam dan Chiko.



                                         Ping bersama anak kembarnaya.... Chitam & Chiko





                                                               Chitam & Chiko semasa lahir
     

Aku mulai confident dengan anak buah  dan aku  membuat keputusan bahawa mereka boleh jadi gembala. Mulai dari tarikh ini aku bertekad untuk memperbesarkan jumlah ternakan  dan pada aku Oct. 2013 aku membeli  lagi 6 ekor kambing menjadikan 11 ekor kesemuanya.  Aku berdoa agar
usaha kami diberkati Allah SWT.


 
                                            Kesemuanya ialah 11 ekor pada OCT. 2013  ini.
                   




                                                             NO VENTURE NO GAIN

















3 comments:

  1. No Pain No Gain.....Selamat Membeekkkk Pak Lah!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Saudara ECH, pada hari raya ni saya balik berhariraya di wakaf che yeh. Kalau tak keberatan saya nak gi tempat demo.Tapi tak da no tel dan alamat demo. tk.

    ReplyDelete